
Inilah Emak Ku.... Aminah Binti Mohd, beliau dilahirkan pada 3hb November dan pergi meninggalkan aku pada 21hb Disember 2005... Beliau seorang emak yang amat sporting, pengasih walaupun beliau garang, semasa saya remaja saya amat rimas dan kekadang tu didalam hati aku amat marah apabila dia sering meleteri dan memarahi saya, tetapi semakin saya dewasa saya amat menghargai amarah, leterannya dan nasihatnya malah sekarang saya amat merindui leterannya....
Saya tahu apabila ada yang membaca blog saya dan melihat gambar arwah pasti terdetik dihati mereka mak saya tidak menutup aurat dengan kata lain tidak memakai tudung.... tetapi ketahuilah sepanjang saya menjadi anak dia selama sekarang 38 tahun saya tidak pernah sekalipun melihat beliau memakai baju terdedah, beliau hanya sering memakai baju kelawar apabila memasak dan kemudian dengan segera mandi dan bersiap didepan cermin menunggu ayah pulang makan dengan sepasang baju tidur... tidak pernah memakai baju yang mendedah walaupun dirumah....
malah sikap beliau sekarang ada pada saya, saya sudah mula menyukai memakai baju kurung sepasang, satu lagi sikap beliau yang sampai sekarang saya cuba pupuk didalam diri saya ialah dimana sahaja ayah pergi atau ayah lakukan dia akan memberi semangat dan sering berada disisi ayah .... tidak pernah sekalipun saya melihat waima mendengar ayah pergi kemana sorang atau dia pergi kemana tanpa ayah... ayah dan mak sering bersama dan itulah yang saya cuma lakukan sekrang dimana waima apapun suami saya lakukan saya akan beri sokongan 100%...
Masakannya adalah yang paling sedap didalam dunia, amat sekali merindui rendangnya, nasi gorengnya, pizzanya dan semua masakannya....
Dan yang paling aku rindui Senyumannya....
MAK JOJO AMAT MERINDUI MAK...
Beliaulah sekarang tempat aku menumpang manja.... Ibu mertuaku Sharipah Tahir... Beliaulah mertua yang paling baik sekali ... walaupun apapun tindakan menantunya walaupun yang mengguris hatinya dia pasti akan menerima semula menantunya dengan tangan terbuka... Mak terima kasih kerna menerima jojo seadanya....
Nota : pernah terjadi satu peristiwa yang tidak akan aku lupa seumur hidupku dan tidak dapat aku maafkan (terjadi pada awal bulan march) dalam sinis bercakap "ada mak sendiri boleh le kita bermanja, mak orang susah" tapi alhamdulillah aku ikut nasihat arwah mak ku, kita masuk kandang kambing kita mesti jadi seperti kambing supaya dapat diterima seadanya... dan nasihat itu ternyata benar, ALHAMDULILLAH....
Nota : pernah terjadi satu peristiwa yang tidak akan aku lupa seumur hidupku dan tidak dapat aku maafkan (terjadi pada awal bulan march) dalam sinis bercakap "ada mak sendiri boleh le kita bermanja, mak orang susah" tapi alhamdulillah aku ikut nasihat arwah mak ku, kita masuk kandang kambing kita mesti jadi seperti kambing supaya dapat diterima seadanya... dan nasihat itu ternyata benar, ALHAMDULILLAH....
